Wednesday 24 August 2011

Apa itu TopiHitam?

TopiHitam atau pun dalam mother tongue aku lebih dikenali sebagai BlackHat. BlackHat ni apa? Korean idol groups ke? or band indie ke? or brand pencuci mangkuk jamban? atau member aku punya kawan punya emak saudara punya bapak tiri punya topi? <-- Kalau ini lah persoalan yang bermain-main di minda anda ketika ini, anda memang (this part is censored due to high impact of violence and cruelty).

BlackHat merupakan antara subgroup kepada hacker @ penggodam. Hacker ni adalah golongan yang expert tentang coding untuk membuat pemintasan (bypass) sistem keselamatan komputer dan terdapat banyak subgroups hacker bergantung kepada aktiviti hacking mereka. Dua kumpulan utama hackers adalah BlackHat & WhiteHat. BlackHat ni adalah hacker yang jahat tak berapa nak baik, memecah masuk remote computer individu lain secara back door melalui network atau internet. WhiteHat ni pula konon-konon nya nak jadi hero kampung la, mereka ni adalah golongan yang membuat debug & menyelesaikan masalah tentang keselamatan komputer, antivirus la tu.

Antara kategori-kategori hacker yang lain:
  1. GreyHat - hitam + putih = kelabu.
  2. Elite hacker - golongan hacker yang expert.
  3. Script kiddie - non-expert hacker menggunakan hacking tools yang sedia ada.
  4. Neophyte - hacker yang noobies atau newbies, baru nk belajar hack.
  5. BlueHat - hacker yang bekerja dengan syarikat perisian komputer untuk menguji keselamatan sistem sesuatu perisian.
  6. Hacktivist - hacker yang menggodam untuk menyampaikan mesej sosial atau ideologi politik.
Oleh itu, marilah kita sama-sama renungkan sejenak. Dalam kalangan manakah terletak nya diri kita, adakah yang pertama atau yang kedua atau pun yang terakhir? Jadi marilah kita membetulkan diri kita supaya kita berada dilandasan yang benar. Awat dah macam ceramah agama dah ni?! Sekian~

(P/S: Aku sebenarnya baru dalam group no.4 tu. Noobies. Wakakak.)

STAY TUNED